Sebenarnya cuti ni tak dirancang. Bila Hani confirm semester break dia bermula 23/07/2009 barulah mula pencarian destinasi yang sesuai untuk pergi bercuti. Idea nak ke Pulau Redang ni pun dapat setelah saya khatam topic All About Redang di Forum Cari.com.
Maklumat dalam Forum ni memang detail, dari resort dan package yang sesuai hinggalah kepada contact number untuk proses tempahan.
Tempahan resort, package dan tarikh saya buat 3 hari sebelum berlepas....alhamdulillah semuanya berjalan lancar. Ni yang saya kata cuti tak dirancang...last minute..hehehe.
Tepat jam 9.00 pagi hari Sabtu 25/07/2009 kami memulakan perjalanan dari rumah di Taman Melawati, Kuala Lumpur. Angah yang bawak kereta....walaupun isteri tak berapa confident tapi saya kata OK lah bila lagi nak bagi anak bawak kereta untuk jalan jauh.
Saya jadi co-pilot, Isteri dan Hani jadi Mem-Besar, duduk kat belakang. Kamera ni pun baru beli khas untuk ke Pulau Redang. Saya beli kamera digital yang water-proof (Panasonic Lumix model DMC-FT1) kaler Oren. Walaupun agak mahal sikit tapi memang berbaloi. Takyah nak beli water-proof casing.
OK ni dia gambar Mem-Besar tu....hehehe ambik candid shot....baru lah ori skit.
Kami berenti untuk makan tengahari kat hentian R&R Geliga, Cukai, Kemaman. Sebelum tu kami singgah kat gerai tepi pantai yang jual keropok dll. Kami beli Sata (makanan orang ganu) RM10 dapat banyak...ingat nak bawak bekal sampai KT tapi belum kluar Kemaman dah habis. Makanan kat R&R Geliga ni OK jugak banyak pilihan lauk, harganya pun berpatutan. Tak macam kat sesetengah R&R tuh...cekik darah....hehehe. Nih gambar masa dah habis makan tengahari kat situ.
Pukul 1.00 tengahari kami bergerak menuju ke KT, sampai Kerteh kami singgah jap kat Mesra Mall..pergi Guardian beli Nevea Subblock Lotion. Kerteh dah tak macam tahun 2005, masa tu saya kerja kat sana sampai 2006. Sekarang kedai makan kat tepi jalan opposite Mesra Mall dah x ada, dulu kat situ lah tempat dinner. Sorry lupa nak ambik gambar sekitar Kerteh.
Dari Kerteh kami teruskan perjalanan.....sampai KT lebih kurang pukul 3.30 petang. Saya kalau dah sampai KT mesti cari kueh kat gerai Jalan Gong Kapas. Gerai dia kat traffic light opposite sekolah (x ingat nama sekolah tu). Macam macam jenis kueh ada kat sini.....sedap dah berpatutan harga dia. Gambar pun x sempat nak ambik sebab asyik pilih kueh...hehehe.
Ingat nak cari budget hotel kat KT sementara nak tunggu Boat transfer ke Pulau Redang. Boat transfer kena naik kat Jeti Merang, kalau drive dari KT ambik masa lebih kurang 1 jam. Bila pikir balik lebih baik cari chalet murah kat Merang, dekat ngan jeti x ada lah rushing sangat pagi esok....Oh ye lupa nak mention...percutian kami ke Pulau Redang bermula pada hari Ahad (26/07/2009). Package kami ke Pulau Redang akan saya detail-kan dalam Part 2 (Jeti Merang - Pulau Redang).
Ok kita sambung semula cerite nak cari chalet murah kat Merang.
Kenapa Merang.....sebenarnya kami belum pernah sampai ke Merang lagi jeti boat tu pun x tau kat mana... so saya decide sementara hari masih awal lagi (baru kul 4.00 petang) kami terus je ke Merang cari jeti tu. Pastu kalau jumpa mana mana chalet berdekatan, kami akan walk-in tanya kalau kalau ada bilik kosong.
Pukul 5.00 petang sampai kat jeti Merang, kemudian tu jumpa resort kami nye tempat letak kereta, pengkalan boat resort tu cari kedai makan untuk sarapan pagi esok hari sebelum boarding.
Selesai kat jeti kami cari pulak chalet untuk bermalam....jumpa satu chalet..nama dia Kembara Resort. Walk-in tanya tokey dia. Kami mintak bilik budget just untuk tidur..harga dia RM35/malam. Bilik ni ada attached bathroom, kipas dan katil untuk 2 orang. Selesa juga, dekat dengan pantai..pemandangan dia pun cantik.
Dah dapat bilik apa lagi..terus baring bagi luruskan badan....lepas setengah jam berehat....kami keluar ke pantai......ni dia gambar gambar semasa kami kat resort tu.
OK dah habis cerite dari KL ke Jeti Merang....kita sambung lagi nanti dalam Part 2 (Merang - Pulau Redang)....TUNGGGGGGUUUUUUUUUUU.
No comments:
Post a Comment